GAZA 30 Jun – Tentera Israel menembak mati dua penduduk Palestin, seorang daripadanya remaja, dalam pertempuran sempadan semalam di selatan Gaza. Jurucakap Kementerian, Ashraf al-Qudra memberitahu AFP seorang remaja Palestin berumur sekitar 13 tahun ditembak di kepala berhampiran bandar Khan Yunis di Semenanjung Gaza. Beliau menambah, Mohammed al-Hamayda, 24 tahun, cedera parah bahagian perut akibat terkena tembakan dalam kejadian berasingan di timur Rafah. Tentera Israel berkata, sepanjang tengahari, beribu-ribu penduduk…