SHAH ALAM – Taktik licik premis menjual alat ganti tiruan bersama alat ganti tulen gagal mengaburi mata pihak berkuasa selepas diserbu penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor. Serbuan selama dua hari bermula semalam itu telah dilakukan di enam premis sekitar daerah ini, Gombak dan Puchong. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam berkata, hasil serbuan tersebut, pihaknya berjaya mengesan dua premis di Puchong yang telah…










