KUALA TERENGGANU 11 Jun – Dua pemandu dikesan positif dadah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam Ops Sisih 3/2018 selama seminggu yang disasarkan kepada pemandu serta pemilik bas ekspres sejak 1 Jun lalu. Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, kes berkenaan merupakan antara lapan kesalahan yang dilakukan dalam kalangan 270 pemandu bas daripada tujuh syarikat sewaktu diperiksa sempena musim perayaan kali ini. “Dua pemandu terbabit berumur 34 dan 35…










