DUA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Subkhiddin Mohd Salleh dan Christopher Raj telah mendapat kepercayaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertugas pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia yang bakal berlangsung dari 14 Jun ini hingga 15 Julai depan. Subkhiddin sebelum ini pernah bertugas sebagai pegawai keempat pengadil perlawanan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kini beliau sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama bagi…










