MACHANG – Dua rakan sekerja maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan lori dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai berhampiran simpang Kemuning di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Eddie Mustakim Busu, 37, dan Nor Hasmini Ismail, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Zulhairi Salamat, 25, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. …










