MARUDI 23 Jun – Mayat dua cucu yang hilang bersama datuknya ketika memancing di Jeti Sungai Baram ditemukan berdekatan lokasi dipercayai mereka jatuh sebentar tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa kedua dikenal pasti sebagai Mohd. Zafril Wasli, 13, ditemukan pada pukul 1.03 petang manakala Mohd. Alyee Ong Zulkifli, 14, pada pukul 2 petang tadi. “Mangsa kedua ditemukan dengan kaedah pancing oleh orang kampung…










