Dua cedera diserang wanita di Marseille - Utusan Malaysia

Dua cedera diserang wanita di Marseille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE 17 Jun – Dua orang cedera akibat diserang oleh seorang wanita yang bersenjatakan pisau pemotong kotak di sebuah pasar raya di bandar La Seyne-sur-Mer, Toulon hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki yang cedera pada bahagian dada dan seorang wanita yang bekerja di bahagian kaunter pasar raya berkenaan.

Difahamkan ketika kejadian, suspek telah melaungkan `Allahuakbar’ lantas menyerang kedua-dua mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa mengalami cedera ringan dan telah dikejarkan ke hospital.

Pendakwa Raya tempatan, Bernard Marchal menyifatkan kes itu sebagai kes terpencil namun tidak mengetepikan kemungkinan suspek pengikut radikal. – AFP

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini