KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing dipenjara lima dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. Mereka masing-masing disabitkan dua pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat melibatkan dana Felda lebih RM47 juta, empat tahun lalu. Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan penjara dua tahun terhadap bekas Pengarah Besar,…










