KUALA LUMPUR 18 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Perdana Menteri menerusi laman Facebooknya turut berkongsi beberapa gambar pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam yang bermula kira-kira pukul sembilan pagi itu. “Bertemu dengan Jack Ma, Pengasas Ali Baba di Pejabat Perdana Menteri pagi ini. Kami bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara,” kata Dr.…









