Dr. Idris calon MB Selangor - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Dr. Idris calon MB Selangor – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Jun – PKR mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad antara beberapa nama yang diketengahkan parti untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika mengesahkan perkara itu berkata, nama Dr. Idris merupakan antara nama yang dikemukakan parti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Terdapat nama-nama yang diberikan, (Dr. Idris) adalah salah seorang yang dinamakan sebagai calon,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan di Sri Satria, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah portal sebelum ini menyebut ADUN Ijok itu dinamakan dalam surat cadangan oleh Wan Azizah kepada Sultan Selangor Isnin lalu.

Dengan memetik sumber dalam kepemimpinan Pakatan Harapan, portal itu menyebut surat cadangan itu turut mendapat sokongan daripada semua pemimpin negeri iaitu Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Izham Hashim; Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Istana Selangor sebelum ini mengumumkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan pada 19 Jun ini di Istana Alam Shah, Klang, iaitu empat hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika ini masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, sebelum ini dilaporkan berkata, kemungkinan calon yang bakal menggantikannya bukan datang dalam kalangan barisan exco negeri yang sudah dilantik.

Berhubung perletakan jawatan Datuk A. Kadir Jasin letak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuatkuasa serta-merta hari ini, Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau belum mendapat maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak mahu memberi ulasan banyak tentang itu. Kemungkinan telah diberi gambaran bahawa dia telah menulis (sesuatu) yang sedikit menyinggung,” katanya.

Ditanya sama ada ahli perniagaan, Low Taek Jho berada di Taiwan, beliau berkata, perkara itu perlu ditanya kepada pihak Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini