KUANTAN – Anih Berhad, syarikat konsensi Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) menawarkan potongan 50 peratus kepada semua jenis kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidifitri yang dijangka Jumaat ini. Ketua Pengurusan Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, pemberian diskaun itu bermula pada 12.01 pagi Rabu (13 Jun) hingga 11.59 malam Khamis (14 Jun). “Ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr.…










