Disiplin tinggi kunci kejayaan Senegal - Utusan Malaysia

Disiplin tinggi kunci kejayaan Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 20 Jun – Jurulatih Senegal, Aliou Cisse mengakui mempamerkan disiplin tinggi serta mempercayai diri sendiri menjadi kunci kejayaan mereka menewaskan Poland 2-1 malah pada masa sama menerima beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pemainnya.

Penjaga gol Senegal dipaksa bekerja keras dengan beberapa percubaan Poland sebelum lawan menjaringkan gol sendiri sekali gus memberi kelebihan kepada mereka, gawang skuad Les Lions yang beraksi dalam Piala Dunia pertama kali selepas 16 tahun bolos pada hujung permainan.

“Senegal menang kerana disiplin. Anda boleh lihat sendiri betapa mantapnya pasukan Senegal. Kami berjaya meletakkan lawan dalam tekanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kesilapan yang dilakukan lawan kami berjaya mencari jalan penyelesaian dan kembali bersaing. Kami mampu mengeluarkan mereka daripada zon selesa pada babak pertama,” kata Cisse yang pernah memimpin pasukannya menewaskan Perancis dalam Piala Dunia 2002 ketika bergelar pemain.

Cisse merupakan pertahanan dan menghabiskan kariernya di England dan Perancis menerima kritikan sejak tiga hari lalu kerana terlalu berhati-hati malah tidak menggunakan sepenuhnya bakat pemain sayap Liverpool, Sadio Mane.

Bagaimanapun, selepas segar dengan kemenangan tanpa diduga, negara dari Barat Afrika itu berkeyakinan untuk melepasi peringkat kumpulan apabila selepas ini mereka perlu menghadapi Jepun dan Colombia.

“Senegal menghalang Poland daripada bermain. Kami tahu Robert Lewandowski adalah watak utama dan kami bermain dengan kompak,” katanya lagi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini