DENDANGAN lagu-lagu raya yang berkumandang dari corong radio semakin membuatkan air mata Nor Hanem Senan, 30, deras mengalir. Sejak awal Ramadan hingga kini telah masuk seminggu Syawal, hatinya cepat terusik terutama apabila melihat kanak-kanak riang beraya dengan berbaju baharu. Walaupun dia sudah reda dengan pemergian arwah suami, Shahrill Muhammad, 36, dalam satu kemalangan ngeri pada 27 Mac lalu, masih dia tidak mampu menyekat air mata daripada terus mengalir. Malah, hanya air mata menjadi peneman setia pada kala teringatkan suami dan dua anak tiri, Marissa Damia, 9, dan Arissa Rania, hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya