SAMARA – Australia memanfaatkan sepenuhnya bantuan teknologi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk bangkit setelah ketinggalan seterusnya berjaya mengikat Denmark 1-1 dalam aksi kedua kumpulan C malam tadi. Dalam aksi tersebut, Christian Eriksen terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh apabila pemain tengah Tottenham Hotspur itu mudah memanfaatkan hantaran Nicolai Joergensen. Permulaan sempurna Denmark tidak bertahan lama sebaik pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu memberikan sepakan penalti kepada pasukan yang…










