GUA MUSANG 23 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan cadangan debat antara beliau dengan calon-calon Presiden lain secara umum tidak mendatangkan keburukan atau memecah-belahkan parti. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata, debat tersebut hanya bertujuan membolehkan ahli-ahli mendapatkan pandangan calon-calon mengenai isu semasa dan mengenali mereka dengan lebih dekat. “Saya tak rasa debat ini akan pecah-belahkan sesiapa. Ini hanya untuk beri peluang kepada ahli mendengar pandangan…










