DILI 22 Jun – Bekas pejuang kemerdekaan Timor Timur, Jose Maria de Vasconcelos mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Timor Leste dan berjanji untuk membawa perpaduan kepada negara terkecil Asia Tenggara itu. Presiden, Francisco Guterres membubarkan Parlimen pada Januari lalu selepas kerajaan minoriti bekas Perdana Menteri, Mari Alkatiri berdepan kebuntuan perundangan. De Vasconcelos yang dikenali sebagai Taur Matan Ruak, bermaksud dua mata yang tajam merupakan anggota parti Alliance of Change for Progress (AMP) yang memenangi 34 daripada 65 kerusi pada pilihan raya bulan lalu. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya