KUALA LUMPUR 7 Jun – Seorang pesara tentera berusia 71 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya yang berusia sembilan tahun pada awal tahun ini. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas murid tahun tiga itu di sebuah rumah, Blok 7, Pangsapuri PKNS, Jalan 4M, Ampang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 4 petang, awal tahun ini.…










