Dapur rumah ranap dihempap pokok 100 tahun - Utusan Malaysia

Dapur rumah ranap dihempap pokok 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 17 Jun – Seorang guru terpaksa menelan kepahitan apabila bahagian dapur rumahnya ranap dihempap sebatang pokok kekabu yang dipercayai berusia hampir 100 tahun dalam kejadian ribut di Kampung Kubang Pandak, Pengkalan Pasir di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam itu berlaku ketika pemiliknya Nori Asyikin Halim, 49, sedang bersiap untuk tidur bersama dua anak dan ibu serta adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Nori Asyikin berkata, sebelum kejadian mereka dikejutkan dengan desiran angin yang sangat kuat kemudian disusuli dengan bunyi bising dari luar rumah.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan kemudian rumah bergegar seolah-olah gempa bumi.

“Terkejut dengan kejadian itu saya terus bergegas keluar menyelamatkan adiknya yang berada di sebuah bilik berhampiran dapur,” katanya.

Nori Asyikin memberitahu, dia terus menarik dan membawa adiknya ke tempat yang selamat.

“Saya tidak dapat melihat situasi sebenar keadaan rumah kerana cuaca yang sangat gelap selain faktor keselamatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN