PASIR MAS – Seorang guru wanita cemas apabila bahagian dapur rumahnya ranap dihempap sebatang pokok kekabu dipercayai berusia 100 tahun dalam kejadian ribut di Kampung Kubang Pandak, Pengkalan Pasir, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam, pemilik rumah, Nori Asyikin Halim, 49, mahu masuk tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat menghentam dapur rumahnya. Semasa kejadian dia bersama dua anak, ibu serta adiknya yang merupakan orang kelainan…










