KUALA LUMPUR 29 Jun – Walaupun semakin menghampiri penghujung karier, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan untuk terus beraksi hingga Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik berusia 36 tahun itu masih berada dalam prestasi terbaik selepas mudah melangkah ke separuh akhir Terbuka Malaysia hari ini dengan menundukkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 21-17, 21-9. Dia memberitahu, dia mahu menikmati setiap kejohanan yang disertainya dan memberi…










