BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dirempuh sebuah lori ikan semasa melintas jalan di kawasan perumahan Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini kira-kira pukul 11 malam tadi. Mangsa, Muhammad Sabirin Khasim yang berketurunan Melayu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau akibat kecederaan parah pada kepala dan kaki kiri. Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak terbabit sedang melintas jalan dari sebelah kiri…










