PERJALANAN hampir dua jam menaiki feri dari jeti Tanjung Gemok, Pahang tidak mematahkan semangat 75 pelajar sekolah untuk menghadiri program Bubble Camp 2018 di Damai Tioman Resort, Kampung Genting, Pulau Tioman baru-baru ini. Suara keriangan pelajar yang berusia lapan sehingga 15 tahun itu memecah keheningan Kampung Genting, sekali gus ‘menceriakan’ penduduk kampung dengan gelagat masing-masing semasa berlangsungnya program berkenaan. Malah keseronokan dan kepuasan jelas terpancar pada wajah mereka walaupun penat…










