SAINT PETERSBURG, Rusia 22 Jun – Dua jaringan waktu kecederaan membolehkan juara lima kali, Brazil melakar kemenangan dramatik 2-0 ke atas Costa Rica hari ini, sekali gus mencatat kemenangan pertamanya dalam Piala Dunia 2018. Jaringan bintang tengah Barcelona, Philippe Coutinho, seminit memasuki waktu kecederaan dan gol penyerang Paris Saint-Germain, Neymar pada minit ke-97 memastikan Brazil meraih tiga mata, sekali gus menembus kekecewaan diikat 1-1 oleh Switzerland dalam aksi pembukaan, Isnin lalu. Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir dengan keputusan seri kedua berturut-turut buat Brazil, Coutinho menjaringkan gol keduanya dalam kempen Piala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya