Bot Vietnam ditahan berhampiran pelantar - Utusan Malaysia

Bot Vietnam ditahan berhampiran pelantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 27 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (MARITIM) menahan sebuah bot Vietnam bersama 20 nelayan yang menceroboh perairan negara ketika sedang menangkap ikan berdekatan pelantar minyak pada pukul 9.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Wilayah Timur, Kepten Maritim V.Pannir Selvan Veloo berkata, tangkapan di lokasi berkenaan pada jarak 140 batu nautika dari timur Kemaman jarang berjaya dilakukan kerana penceroboh mudah lolos ke perairan antarabangsa.

“Kita sering terima aduan daripada pihak pelantar minyak tentang kehadiran bot nelayan asing ini (di lokasi yang dianggap lubuk ikan).. dan apabila kita terus bergerak dan sampai ke lokasi, mereka ini telah melarikan diri tapi kali ini kita bernasib baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebiasaan mereka ini akan menghampiri pelantar minyak pada waktu malam untuk menangkap ikan kerana pada waktu malam biasanya kapal Maritim tidak ada di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebanyak dua tan ikan campur, dua tan ikan baja dan 400 kilogram sotong kering berserta alatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1 juta.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dikawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini