NIZHNIY NOVGOROD, Rusia 21 Jun – Tiada siapa meletakan harapan Mesir, Maghribi atau Arab Saudi akan menjuarai Piala Dunia tetapi penyingkiran awal mereka pada hari yang sama di Rusia menjadi malapetaka buat bola sepak Arab. Tiada sebarang mata berjaya dipungut ketiga-tiga negara setakat ini – aksi terburuk kejohanan, dan hanya satu gol berjaya disempurnakan oleh mereka, itupun menerusi sepakan penalti. Harapan terakhir negara Arab kini terletak di tangan Tunisia, yang…










