KUALA LUMPUR 12 Jun – Barisan Nasional (BN) mengakui amat berat hati untuk menerima keputusan parti-parti komponen BN di Sarawak untuk tidak lagi menganggotai gagasan itu meskipun mencapai kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri lalu. Bagaimanapun BN tetap berlapang dada dan percaya keputusan itu dibuat setelah difikirkan dengan mendalam berdasarkan keutamaan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak dalam kedudukan situasi politik semasa tanah air. Berikut merupakan kenyataan penuh Pengerusi Biro Media…










