AWANG yakin pemilihan pemimpin-pemimpin sayap UMNO – Wanita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan Pusat hari ini akan dilakukan dengan lebih bebas, tidak terikat dengan calon pilihan mana-mana bahagian dan pada masa sama memilih dengan berhati-hati. UMNO tidak boleh hidup dalam mentaliti lama dan amalan tertentu yang telah diketahui merosakkan parti ini. Pemilihan kali ini harus berdasarkan kepada pemimpin mana yang diyakini dapat menjalankan tugas dengan baik, ikhlas…










