MOSCOW 20 Jun – Portugal berada di landasan terbaik untuk melangkah ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Maghribi dalam aksi Kumpulan B di Stadium Luzhniki yang menyaksikan Cristiano Ronaldo kini telah mengumpul empat gol untuk berada di kedudukan teratas penjaring terbanyak Piala Dunia 2018 ketika ini. Kemenangan Portugal itu membolehkan skuad Selecao das Quinas mengumpul empat mata selepas dua perlawanan dan kini tiada pilihan selain harus…










