MUNICH – Pemain pertahanan Jerman, Niklas Sule mengakui sangat gembira selepas menyaksikan rakan sepasukannya yang juga merupakan penjaga gol utama pasukan itu, Manuel Neuer kembali menjalani latihan bersama skuad Die Mannschaft sebagai persiapan ke saingan Piala Dunia 2018 di Rusia. Penjaga gol terbaik dunia tersebut terlepas aksi di Bundesliga hampir semusim selepas mengalami patah kaki semasa menjalani latihan bersama Bayern Munich tahun lalu. Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu sudah bersedia untuk mengawal gawang Jerman selepas dia turut berada dalam senarai awal pemain yang akan menyertai saingan nanti. Sebelum itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya