Tahukah kita bahawa penggunaan perkapita ikan di Malaysia ketika ini adalah 58 kilogram (kg). Justeru ikan merupakan sumber protein yang penting bagi rakyat negara ini. Di manakah kita memperoleh sumber perikanan ini secara berterusan? Sumber ikan untuk makanan kita diperoleh daripada dua punca iaitu perikanan laut dan akuakultur. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini menyasarkan pengeluaran perikanan meningkat kepada 3.02 juta tan metrik menjelang 2020 iaitu 1.57 juta…










