KUALA LUMPUR 7 Jun – Gandingan pelakon Bell Ngasri dan Cef Rashied Noli sebagai pengacara untuk program Kopi Antara Benua dilihat begitu serasi. Program terbitan NS Star Sdn. Bhd., yang disiarkan menerusi saluran Okey (109 Astro) setiap Ahad, 2.30 petang sejak Mac hingga 17 Jun ini memberi tumpuan tentang sejarah kopi dari segi budaya, teknik pembuatan serta kafe-kafe yang menyediakan minuman dan pemanis mulut berasaskan kopi. Menurut penerbit program, Nasreen…










