KUALA LUMPUR 29 Jun – Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan perluasan perlindungan keselamatan sosial kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasangannya di dalam perusahaan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800), berkuat kuasa 1 Julai ini. Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam satu kenyataan hari ini, sebelum perluasan perlindungan itu, seorang isteri atau suami yang diambil bekerja oleh pasangannya dalam…










