Bekas ADUN Pulai Sebatang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Pulai Sebatang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 8 Jun – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pulai Sebatang, Malik@Abdul Malik Ibrahim meninggal dunia akibat kanser usus kira-kira pukul 10.30 malam tadi di rumahnya di Lorong Damai. Jalan Parit Masjid, di sini.

Malik@Abdul Malik Ibrahim
Malik@Abdul Malik Ibrahim

Menurut menantunya, Mustafa Kamal Md. Yusri, bapa mentuanya menghidapi penyakit tersebut sejak lapan bulan lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian Selasa lalu, namun dibenarkan keluar petang semalam.

Katanya, Allahyarham merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang dari tahun 1999-2004 dan pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ayah yang juga bekas seorang guru pernah menjadi pemberita sambilan Utusan Melayu pada tahun 70-an sebelum berhenti dan menceburi bidang perniagaan sebagai pemaju perumahan,” katanya ketika ditemui di sini pagi ini.

Allahyarham meninggalkan balu, Rosnah @ Zainah Sani, 72, sembilan orang anak, tujuh perempuan dan dua lelaki, hasil daripada dua perkahwinan.

Turut menziahari jenazah Allahyarham ialah Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr. Md. Farid Md. Rafik.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rimba Terjun sebelum solat Jumaat yang merupakan kampung kelahiran Allahyarham. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini