RAWANG – Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di stesen minyak Hentian Rewat dan Rawat (RnR) Rawang arah utara di sini kelmarin. Bayi lelaki seberat 2.6 kilogram itu ditemui penyelia pembersihan di dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja pembersihan pada pukul 9.30 malam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui bersama uri yang dibungkus…









