Bayi lelaki ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak - Utusan Malaysia

Bayi lelaki ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara semalam. Ketua Polis  Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira pukul 9.30 malam.  “Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.   Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.   Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN