Kemeriahan Aidilfitri tidak sedikit pun dirasakan semakin pudar biarpun sudah masuk minggu ketiga. Begitulah yang disifatkan pasangan merpati dua sejoli, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 24, dan Hafiz Mahamad, 25, yang buat pertama kalinya meraikan Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri baru-baru ini. Bagi pasangan popular di media sosial atau istilahnya instafamous itu, ia merupakan lebaran paling bermakna dalam hidup mereka dari segenap dimensi. Manakan tidak, selain menyambut lebaran bersama-sama, mereka juga…










