SHAH ALAM 19 Jun – Bahang panas kerusi Menteri Besar Selangor tidak menunggu lama untuk ‘terpercik’ ke muka penyandang baharunya, Amirudin Shari apabila beliau ‘diserang’ rakan sepasukannya sendiri, Dr. Idris Ahmad sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang. Idris yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dan sebelum ini disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana dikatakan mendapat restu Datuk…










