KUALA LUMPUR 23 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Dun sedang mendahului undian bagi jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan parti hari ini. AZIZAH MOHD. DUN Azizah berjaya memperoleh 15 undi peringkat bahagian daripada 191 keseluruhan bahagian menerusi 3,516 undi perwakilan meninggalkan dua pencabarnya bagi jawatan tersebut iaitu Datuk Noraini Ahmad yang mendapat 13 undi bahagian walaupun menerima 3,662 undi perwakilan bagi undian sehingga pukul 7.40 malam. Dalam pada itu, seorang lagi calon bagi jawatan berkenaan, Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman ketinggalan jauh apabila tidak menerima sebarang undi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya