PENYENARAIAN nama penyerang berusia 15 tahun, Kirandeep Kaur Gurdip Singh dalam barisan 18 terbaik sepatutnya menjadi petanda buat pemain-pemain senior skuad hoki wanita negara agar mempertingkatkan prestasi mereka secepat mungkin. Apa tidaknya, ketua jurulatih Malaysian Tigress, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah lebih cenderung memberi peluang kepada Kirandeep membuat debut antarabangsa berbanding pemain senior pada Siri Hoki Terbuka Dunia di Singapura dari 23 Jun ini hingga 1 Julai depan. Dhaarma sendiri mendedahkan,…










