WASHINGTON 20 Jun – Kritikan antarabangsa terhadap dasar Amerika Syarikat (AS) memisahkan kanak-kanak pendatang asing daripada ibu bapa mereka yang mencari suaka di sempadan negara ini, dilihat semakin memuncak. Lapor BBC, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, ‘mengurung’ kanak-kanak terbabit adalah tidak wajar sama sekali. Kongres AS dikatakan mendapat desakan untuk mengubah dasar ditetapkan oleh Presiden Donald Trump. Susulan itu, Republikan sedang berusaha untuk menggubal rang undang-undang baharu dan bakal diputuskan dalam tempoh 24 jam. – Agensi
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya