SYDNEY 19 Jun – Syarikat Apple Inc. (Apple) didenda sebanyak AS$6.7 juta (RM26.7 juta) oleh mahkamah Australia kerana membuat tuntutan palsu mengenai hak pengguna apabila enggan lagi membaiki telefon pintar iPhone dan iPad yang sebelum ini pernah dibaiki oleh pihak ketiga. Para pelanggan gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) selepas sistem operasi kemas kini melumpuhkan peranti mereka ekoran masalah global yang dikenali…










