KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan 37 bot nelayan asing yang menangkap ikan tanpa kebenaran dalam kawasan perairan negara sepanjang tahun lepas iaitu rekod jumlah penahanan tertinggi sejak awal penubuhannya sekitar 13 tahun lalu. Berdasarkan statistik yang disampaikan kepada Bernama, sejak 2006 sehingga Mei lepas, APMM Wilayah Sarawak telah menahan 140 buah bot nelayan asing dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan adalah tahun lepas, kebanyakannya membabitkan nelayan dari Vietnam. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sarawak, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, trend peningkatan jumlah bot nelayan asing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya