KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) melaksanakan Op Bantu bermula esok (13 Jun) hingga 18 Jun ini sempena Aidilfitri bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah atau kecemasan. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknya akan menugaskan 1,746 anggota dan pegawai di 114 laluan di jalan Persekutuan dan jalan negeri yang telah dikenal pasti di seluruh negara. APM juga menugaskan pasukan perubatan yang bertindak sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)…











