KUALA LUMPUR 19 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar semua pihak menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang mewakili Pakatan Harapan. Beliau percaya kemelut dalaman yang bermula daripada pelantikan Amirudin itu mampu dileraikan secara baik. “Tahniah dengan tugas menggalas amanah parti dan rakyat Selangor. Semalam saya telah menggesa beliau untuk memimpin negeri berdasarkan mandat rakyat, bekerja…










