Annuar Musa kekal Ketua UMNO Bahagian Ketereh - Utusan Malaysia

Annuar Musa kekal Ketua UMNO Bahagian Ketereh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa diisytiharkan kekal menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh di sini selepas jawatan tersebut tidak dicabar dalam pemilihan UMNO hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut mengikut jejak langkah beliau ialah Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Mohamad Jusoh, Timbalan Ketua, Datuk Md. Alwi Che Ahmad, Ketua Pemuda, Mohammad Azam Ismail, Ketua Wanita, Sabariah Hamzah, Ketua Puteri, Marzuani Ardilla Ariffin, Bendahari, Roslan Ab. Hamid dan Ketua Penerangan, Termizi Musa.

Annuar yang juga calon Timbalan Presiden UMNO itu sudah 32 tahun berpengalaman menjawat jawatan itu tidak dicabar oleh mana-mana perwakilan sekali gus menang tanpa bertanding.

Hanya jawatan Naib Ketua Bahagian dipertandingkan melibatkan perebutan tiga penjuru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN