Anak Ali Rustam menang tanpa bertanding Ketua UMNO Hang Tuah Jaya - Utusan Malaysia

Anak Ali Rustam menang tanpa bertanding Ketua UMNO Hang Tuah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 30 Jun – Anak kepada Tan Sri Mohd. Ali Rustam, Mohd. Ridhwan Mohd. Ali menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu yang diadakan di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh di sini hari ini.

MOHD RIDHWAN MOHD ALI
MOHD RIDHWAN MOHD ALI

Mohd. Ridhwan, 32, seorang jurutera sebelum ini merupakan Penolong Setiausaha UMNO bahagian itu, bertanding jawatan tersebut apabila Mohd. Ali membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Menurut Mohd. Ridhwan, langkah pertama yang akan dilakukannya selepas ini adalah memulihkan semula semangat ahli UMNO bahagian itu berikutan kekalahan dua kali berturut-turut di Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Saya berharap kepimpinan barisan muka baharu dalam UMNO bahagian ini dapat membina semula keyakinan rakyat khususnya penduduk di kawasan Hang Tuah Jaya.

“Tugas ini bukan mudah kerana selain Barisan Nasional (BN) pernah tewas dua kali di Parlimen, UMNO juga tewas di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah Ketua Menteri Melaka juga dari salah satu DUN di Parlimen ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ridhwan, beliau juga bertekad menyatukan semula ahli-ahli UMNO bahagian itu, mendengar permasalahan mereka seterusnya memberi idea-idea baharu untuk membangunkan semula parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN