SHAH ALAM 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar yang baharu hari ini selepas dilantik secara rasmi oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam. Amirudin, 38, tiba di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini kira-kira pukul 7.50 pagi dan disambut beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan…










