SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua kerajaan negeri hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu tiba di pekarangan bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar itu kira-kira pukul 7.50 pagi. Beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya serta para pegawai kanan kerajaan negeri. Turut…










