SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu Amirudin Shari hari ini berikrar akan meneruskan kecemerlangan Selangor sebagai negeri pintar serantau di bawah pimpinannya. Amirudin berkata, beliau turut berazam akan melaksanakan gerak kerja berpasukan dalam mentadbir Selangor bagi memastikan kesinambungan program dan dasar kerajaan yang dirangka sebelum ini berjalan lancar. “Oleh itu saya menyeru anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), anggota perkhidmatan awam negeri, pihak korporat dan swasta, parti-parti politik…










