KLANG 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amiruddin Shaari mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor ke-16 hari ini menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Pelantikan Amiruddin, 38, yang dikatakan calon pilihan Mohamed Azmin itu menepati cakap-cakap politik sebelum ini walaupun ada usaha untuk meletakkan ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad melalui restu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seorang lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini ialah ADUN Sungai Kandis,…










